Kedatangan Anak ADMAR iaitu Guru Sazali dan dibelakang beliau Guru Izhar.
Yang Amat Bahagia Dato' Seri Paduka Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak dan Datin Seri' Paduka Rosmah.
Tokoh-Tokoh Besar Di Dalam SILAT SENI GAYONG. Dari kana Guru Fadhil, Guru Ismail Chik, Guru Sazali, Guru Badek dan Dato' Guru Abdul Majid.
Tanggal 25.Febuari.2012 Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) telah mengadakan satu himpunan raksasa bertempat di Gurun Kedah. Himpunan tersebut telah berjaya mengumpulkan segenap anak gayong diseluruh Malaysia.Majlis dengan rasminya bermula pada jam 2.00 petang. Dihari bersejarah tersebut, PSSPGM telah menganugerahkan sandang Iman Khalifah Agong kepada Yang Amat Bahagia Dato' Seri mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak. Himpunan tersebut telah berjaya membawa guru-guru tua didalam GAYONG. Diantara tetamu VIP yang hadir pada hari tersebut adalah Guru Sazali Bin Dato Meor Abdul Rahman, Guru Badek, Pak Ngah Izhar, Pak Ngah Aris, Pendita Mufti Ansari.
Didalam pada itu, YAB PM telah mengumumkan Yayasan Dato' Meor akan diwujudkan. Pelbagai persembahan telah dipertontonkan oleh anak-anak gayong. Disamping itu, turut mempersembahkan langkah hulubalang adalah Guru Tua Abdul Majid ( Pak Ndak ) dan Guru Ismail Cik. Permainan yang bersahaja ditunjuk oleh 2 orang Guru Tua tersebut. Anak-anak gayong amat teruja dengan persembahan tersebut. Persembahan dari guru tua tersebut telah mencuit hati anak-anak gayong yang hadir.
" Jika sebegini umur masih dapat memecah pencak, apakah kita yang masih muda hanya memeluk tubuh".
Kami dari Team KSSG amat ingin mengucapkan syabas kepada PSSPGM dan kesemuan anak-anak gayong yang terlibat demi penyatuan. Salam Gayong daripada kami..
Kami dari Team KSSG amat ingin mengucapkan syabas kepada PSSPGM dan kesemuan anak-anak gayong yang terlibat demi penyatuan. Salam Gayong daripada kami..