SEJARAH GAYONG

Silat Seni Gayong dikatakan telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, iaitu sewaktu pemerintahan Sultan Mansor Syah. Selepas kejatuhan Melaka ke tangan Feringgi (Portugis) pada tahun 1511, hulubalang-hulubalang Melaka yang diketuai oleh Tun Biajid (anak Laksamana Hang Tuah) telah berundur ke dalam hutan dan seterusnya melakukan serangan gerila terhadap angkatan Portugis. Ilmu Silat Seni Gayong inilah yang telah digunakan oleh Tun Biajid dan orang-orangnya ketika menentang Portugis. Walaupun terpaksa berundur ke dalam hutan, hulubalang-hulubalang Melaka ini masih mampu menyusun suatu barisan penggempur (gerakan gerila) yang berpegang kepada tekad iaitu berimau-rimau, berimba-rimba dan bergayong.

Disebabkan kedudukan Portugis terlalu kuat ketika itu, Tun Biajid dan orang-orangnya terpaksa berundur hinggalah ke negeri Pahang untuk mencari perlindungan. Di Pahang, ilmu Silat Seni Gayong ini terus hidup diwarisi oleh generasi demi generasi sehinggalah sampai ke tangan Tuan Syed Zainal Al-Attas, iaitu seorang hulubalang Pahang yang hidup sezaman dengan Dato' Bahaman dan Mat Kilau.

Ada suatu kisah yang menceritakan bahawa pada zaman pemerintahan Portugis di Melaka, telah diadakan majlis keramaian tiap-tiap tahun yang dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat. Pemerintah Portugis telah mengadakan suatu pertandingan seni persembahan budaya masyarakat setempat dan memberikan ganjaran yang besar kepada pemenangnya. Dalam kategori persembahan silat, pesilat yang menunjukkan persembahan yang dianggap membahayakan telah dikumpulkan setempat dan diasingkan daripada pesilat yang mempersembahkan silat pulut yang diiringi oleh bunyi-bunyian seperti gendang. Pesilat-pesilat yang membawakan silat yang berbahaya ini telah ditangkap secara sulit lalu dirantai dan dibawa ke tengah laut dengan perahu untuk dibunuh kerana pemerintah Portugis bimbang bahawa mereka boleh mengancam kedudukan Portugis di bumi Melaka.

Ketika berada di tengah laut, dengan izin Allah dan berkat ilmu Silat Seni Gayong, rantai yang mengikat hulubalang-hulubalang Melaka itu telah berjaya diputuskan, dan hulubalang-hulubalang Melaka ini telah melawan dan berjaya menumpaskan pengawal-pengawal Portugis yang mengawal mereka. Kerana bimbangkan keselamatan mereka, hulubalang-hulubalang Melaka ini telah mengambil keputusan untuk belayar ke merata-rata gugusan kepulauan Melayu untuk mencari perlindungan. Sesetengah daripada hulubalang Melaka ini telah mendarat di Makasar lalu menetap di situ. Di Makasar ini, ilmu Silat Seni Gayong telah berkembang dengan meluas, terutamanya di kalangan bangsawan Bugis. Orang-orang Bugis inilah yang bertanggungjawab menghidupkan semula kesenian lama ini di Tanah Melayu.

AHLI JAWATAN KUASA PUSAT :

Yang DiPertua : Dato' Adiwijaya Bin Abdullah

Timb. Yang Di Pertua I : Dato' Ismail Bin Haji Jantan

Timb. Yang Di Pertua II : Cikgu Sazali Dato' Meor Abd. Rahman

Naib Yang Di Pertua I : Datin Hajjah Feridah Binti Johan

Naib Yang Di Pertua II : Tuan Haji Anuar Bin Abd Hamid

Naib Yang Di Pertua III : Cikgu Mohamed Faid Bin Haji Musa

Setiausaha : Cikgu Suleh Bin Udin

Penolong Setiausaha : Tn. Haji Lamsah

Bendahari : En. Amy Zahri

Penolong Bendahari : Cikgu Sharizal Dato' Maizan

Ahli Jawatankuasa :

1. Dato' Yaakop Haji Said
2. En. Shahzuanni Abu Bakar
3. Cikgu Rasol Haji Abdul Ghani
4. Puan Mas Sharifah Mismat
5. Tuan Haji Sani Morni
6. Cikgu Mohamad Nor Abdul Samad
7. Cikgu Abdul Rahim Masrom
8. Cikgu Kahar Reza
9. En. Mohd Isa Mustaffa
10. En. Muhd. Khawar Hezazy Uthman
11. Puan Mariam Bujang
12. Cikgu Mustapa Kamal Sharif
13. En. Meor Badrul Hisyam
14. En. Nik Azman Nik Pa
15. En. Rosni Mohd Daud

Juruaudit : En. Hamzah Tajudin

Ahli Jawatan Kuasa KSSG KKR/JKR

Pengerusi :
Encik Hashim Bin Haji Mahmud
No Telefon : 012-2648449

Timbalan Pengerusi :
Encik Hairuman
No Telefon : 013-3309096

Setiausaha :
Encik Nazri Bin Mohamed Khaidi
No Telefon : 013-2415224

Bendehari :
Cik Tuan Surlina Binti Tuan Yeh
No Telefon :

Ahli Jawatankuasa :
1.Encik Ikhwan Kamarul Bin Abd Manan
No Telefon : 016-9517252
2.Encik Mohd Faiz Bin Azhar
No Telefon : 012-2757495
3.Encik Mohd Aizat Bin Ariffin
No Telefon : 019-9679660
4.Cik Safura Binti Doni
No Telefon : 019-8782542
5.Encik Fayrul Hazlan Bin Hassan
No Telefon : 017178299

Gurulatih Kelab Silat Seni Gayong KKR/JKR :
1.Cikgu Ridhwan : 012-8176880
2.Cikgu Mohd Fadzril : 019-5708915
3.Cikgu Mazri : 012-5094082

*SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI SETIAUSAHA KELAB SILAT SENI GAYONG KKR/JKR

Jadual Gelanggang

Hari : Setiap hari Isnin & Rabu
Masa : 5.30 petang sehingga 7.00 malam
Tempat : Dewan Tan Sri' Mahfodz

Alamat Ibu Pejabat PSSGM Pusat :

Lot 119 Tingkat 2,
Putri Park Plaza,
Taman Putri, Jalan 28,
68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan.

Telefon Pejabat : 03 - 4295 8767
No Fax : 03 - 4295 5800

Monday 21 May 2012

Sekalung Tahniah Dari Kami Anak2 Gayong KKR/JKR




Sekalung tahniah kami ucapkan dengan penganugerahan Dato' Seri Oleh Sultan Perlis kepada Ketua Pengarah Kerja Raya.

Thursday 22 March 2012

8 iktibar selepas 8 tahun Ahmad Yaasin syahid & Amanat Syeikh Ahmad Yasin Kepada Pemuda dan Pemudi


8 iktibar

 


Hari ini (22 Mac 2012) genap 8 tahun perginya Sheikh Ahmad Yaasin sebagai seorang syahid. Secara ringkas, kita mengambil 8 iktibar dari kesyahidannya:

1. Kematian adalah satu kemestian. Semua yang hidup akan mati. Kubur sebagai tempat persinggahan dan laluan ke akhirat adalah pasti. Soalnya, mati itu bagaimana? Ada yang mati sebagai pemimpin zalim yang dibenci. Ada yang mati sebagai selebriti yang ditangisi tetapi hakikatnya ia menangisi dirinya sendiri. Ada yang mati sebagai hamba Allah yang sejati. Dan ada yang syahid, rohnya riang gembira di syurga  walaupun jasadnya berderai merata dan darahnya memenuhi bumi. Assyahid Sheikh Ahmad Yaasin meninggal hari Isnin dalam keadaan berpuasa, awal subuh dinihari.

2. Jika Allah menyayangi anda, Allah akan memberikan husnulkhatimah buat anda. Tiada kesudahan paling baik melainkan mati syahid. Kurang sedikit, mati dalam situasi taatkan Allah secara umum.

3. Kasih sebenar Sheikh Ahmad Yaasin adalah kepada Allah, NabiNya dan Islam. Allah menjadikan kematiannya sebagai suatu yang besar. Lebih 200 ribu mengiringi jenazahnya. Umat Islam seluruh dunia bercerita tentang kematiannya. Majlis Keselamatan PBB mengutuk pembunuhannya. Kerajaan Arab juga demikian. Eropah juga tidak berkecuali bercakap mengenainya. Sheikh Ahmad Yaasin bukannya menteri, tidak juga raja atau pembesar tetapi ketokohannya sebagai pemimpin Islam menjadikan kawan dan lawan memandang hebat kepadanya.

4. Permusuhan dan pertembungan kita dengan Yahudi yang memusuhi kita, regim Zionis dan semua proksi mereka adalah berterusan sekalipun pelbagai perjanjian ditandatangani, pelbagai persidangan dan seminar dilihat di tv dan pelbagai kata manis dari Amerika dan Eropah dijanji.

5. Sekalipun umat Islam lemah, hanya melihat pemimpin gerakan Islam mereka dibunuh, atau hanya mampu berdemonstrasi menyatakan kebencian kepada musuh, namun untuk menyerah kalah, menggadaikan prinsip perjuangan, mengiakan segala perjanjian zalim dengan regim yang zalim tidak sekali.

6. Untuk menggerakkan ummah, tidak perlu kelayakan akademik yang tinggi-PhD, MA, BA atau jawatan-jawatan yang hebat. Bacalah kelayakan akademik As-syahid Sheikh Ahmad Yaasin yang sederhana sahaja.

7.  Peranan musuh dalam selimut sangat bahaya. Tidak mungkin Sheikh Ahmad Yaasin boleh dibunuh sedemikian rupa seperti pemimpin Palestin yang lain, kalau tidak dengan kerjasama dan maklumat dari ‘orang dalam’ atau dari kalangan munafiq dalam masyarakat Islam itu sendiri.

8. Perjuangan Islam tidak terhenti dengan syahid dan matinya pemimpin. Rasulullah SAW wafat, para sahabat meninggal, para ulama dan pejuang Islam terdahulu telah menunaikan janji masing-masing dengan Allah. Nabi SAW memberi khabar gembira dengan adanya umat ini yang terus melangsungkan perjuangan menegakkan Islam sehingga berlaku antara 2 ketentuan-menang atau syahid.

"PESANAN KHAS KEPADA PEMUDA & PEMUDI"


Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mu1ia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw. Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung. Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggungjawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda. Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat. Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian. Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar. Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH. 

Wednesday 14 March 2012

Ujian Kenaikan Bengkong


Gambar Hiasan

Assalammualaikum,

Kelab Silat Seni Gayong KKR / JKR akan mengadakan ujian kenaikan bengkong yang pertama kalinya akan diadakan. Seramai 12 orang ahli akan terlibat didalam ujian tersebut. Ujian kenaikan bengkong akan diadakan di Padang Merbok Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 24.Mac.2012 jam 8.00 pagi. Kami dari pihak pengurusan KSSG KKR/JKR ingin mengucapkan syabas dan selamat berjaya. Semoga Allah memudahkan segala urusan dan perancangan yang telah diatur. Amin.

Admin KSSG KKR/JKR

Tuesday 6 March 2012

Majlis Penerimaan Anak Gayong.

Salamun alaik'.

"Barangsiapa yang tidak menjalani Adat Istiadat Perlimau Tapak Silat Seni Gayong, ia tidak boleh di iktirafkan sebagai murid Gayong dan sama sekali tidak sah mengaku dirinya ahli Gayong". ALLAHYARHAM DATO' MEOR ABDUL RAHMAN


Kata-kata Allahyarham Mahaguru Dato' Daeng Meor Abdul Rahman.


Tanggal 2.Mac.2012 bersamaan dengan 9 Rabiul Akhir 1433 Team KSSG KKR/JKR telah membuka satu lagi lembaran baru khasnya untuk Silat Seni Gayong. Buat pertama kalinya majlis perlimau tapak dan seni yang melibatkan pelatih-pelatih baru dari Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya. Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya dapat jua majlis ini dilangsungkan. Maka dengan ini sah lah menjadi anak gayong.

Upacara Majlis Perlimau Tapak dan Seni telah diadakan di Gelangggang Kampung Padang Balang Gombak. Jurumandi pada malam itu adalah Guru Rais selaku Waris Beradat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Seramai 12 orang pelatih baru telah menyempurnakan adat istiadat mandi perlimau tapak.

Majlis mandi tersebut juga dihadir oleh gurulatih dari Negeri Selangor iaitu Guru Amiruddin ( Cikgu Din / Jebat ), Cikgu Khairur, Cikgu Ridhwan, Cikgu Rahim dan juga anak-anak gayong dari Kundang. Walaupun majlis diadakan dengan sederhana, dapat dilihat riak wajah anak-anak gayong KKR/JKR yang tampak gembira dan gementar untuk menanti saat diijab kabulkan sebagai anak gayong.

Kedatangan kami juga telah disambut dengan kenduri kecil yang disediakan oleh Guru Rais. Majlis juga diringi dengan deraian hujan yang turun membasahi bumi. 

Majlis Perlimau Tapak dan Seni dengan secara rasminya bermula pada jam 10.00 malam. Suasana yang dingin menemani peserta-peserta yang sedang menanti saat diterima sebagai anak gayong yang sah.


Saudara Li Chekoh dan J Badan Besi menunggu rakan-rakan yang lain didewan Tan Sri' Mahfodz. Kelihatan Ijat dibelakang.


" Makan Time".


Otai kita Abang Azman, Ijat dan Kak Su sedang menanti makanan.


Deraian air hujan mengiringi mereka.


Posing Maut tuuuuuuuuuuuuuuuuu Cik Safura kita.....


SU Team KSSG KKR/JKR Encik Nazri sedang menikmati makanan. Makan tak ajak nampak.. Abang Sendo Fayrul yang berbaju putih.


Ustaz Adnan manis dengan senyuman.


Hujan Oh Hujan..Kopi O' Sepam Tengok.....


Apa yang anak-anak dok tunggu lagi....Makan jer....Tak per mak cik belanja hari ni....hehehehehe..


Abang-Abang Sendo.


Cikgu Fadzril sedang menyediakan akar sintok. Tak sempat la beb nak buat kat umah..Al-Maklumlah kan nak dapat pun susah sekarang ni.. :P


Cikgu Khairur dan Guru Din banyak meyumbang tenaga didalam menjayakan majlis pada kali ini. Jasa mereka amatlah kami kenang. Tanpa mereka berdua siapalah kami. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik mereka.


Saat yang dinantikan telah tiba.


Barangan untuk mandi perlimau.


Majlis bermula.


Guru Rais sedang menyampaikan penerangan berkenaan dengan adat istiadat perlimau tapak. Kelihatan Guru Din disebelah dan merangkap sebagai apit jinjang kepada wakil mandi.


Abang Azman diberi penghormatan untuk memulakan majlis. Beliau merupakan peserta yang paling tua dikalangan yang lain. Walaupun usia sudah memcecah 42 tahun tetapi semangat untuk belajar dan mendalami ilmu persilatan masih membara. 


J Badan Besi menyusul selepas Abang Azman.


Faiz mengambil tempat selepas itu. 


Ikhwan pula mengambil tempat.


Peserta kacak kita iaitu Encik Nazri mengambil tempat selepas Ikhwan.


Abang Rosli menyusul selepas itu.


Ijat memberi sepenuh perhatian.


Abang Sendo kita Fayrul sedang menjawap persoalan yang diajukan kepada beliau. " Siapa nama kamu?"


Li Chekoh memerhati limaunya dihiris. 


Adnan pula diajukan soalan oleh Guru Din. " Siapa nama ibu kamu?".


Safura sedang disoal.


Peserta terakhir pada malam itu adalah Kak Su. 


Team KSSG KKR/JKR bergambar kenangan dirumah Guru Rais. Kelihatan juga anak-anak didik Cikgu Khairur dari Gelanggang Kundang.


Dari kiri Cikgu Ridhwan, Guru Din, Guru Rais, Cikgu Khairur dan Cikgu Fadzril.


Sempat lagi bergambar sebelum berangkat pulang. 


Team Kelab Silat Seni Gayong KKR/JKR bergambar kenangan dengan barisan gurulatih.

Kami dari Team KSSG KKR/JKR ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semuan yang terlibat dengan secara langsung dan tidak lansung. Budi baik anda semua hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Insyallah kami anak-anak gayong KSSG KKR/JKR akan terus berusaha mengembangkan Silat Seni Gayong. 

Monday 27 February 2012

Perhimpunan Raksasa Seni Silat Pusaka Gayong


Kedatangan Anak ADMAR iaitu Guru Sazali dan dibelakang beliau Guru Izhar.


Yang Amat Bahagia Dato' Seri Paduka Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak dan Datin Seri' Paduka Rosmah.


Tokoh-Tokoh Besar Di Dalam SILAT SENI GAYONG. Dari kana Guru Fadhil, Guru Ismail Chik, Guru Sazali, Guru Badek dan Dato' Guru Abdul Majid.

Salamun alaik'.

Tanggal 25.Febuari.2012 Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) telah mengadakan satu himpunan raksasa bertempat di Gurun Kedah. Himpunan tersebut telah berjaya mengumpulkan segenap   anak gayong diseluruh Malaysia.Majlis dengan rasminya bermula pada jam 2.00 petang. Dihari bersejarah tersebut, PSSPGM telah menganugerahkan sandang Iman Khalifah Agong kepada Yang Amat Bahagia Dato' Seri mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak. Himpunan tersebut telah berjaya membawa guru-guru tua didalam GAYONG. Diantara tetamu VIP yang hadir pada hari tersebut adalah Guru Sazali Bin Dato Meor Abdul Rahman, Guru Badek, Pak Ngah Izhar, Pak Ngah Aris, Pendita Mufti Ansari.

Didalam pada itu, YAB PM telah mengumumkan Yayasan Dato' Meor akan diwujudkan. Pelbagai persembahan telah dipertontonkan oleh anak-anak gayong. Disamping itu, turut mempersembahkan langkah hulubalang adalah Guru Tua Abdul Majid ( Pak Ndak ) dan Guru Ismail Cik. Permainan yang bersahaja ditunjuk oleh 2 orang Guru Tua tersebut. Anak-anak gayong amat teruja dengan persembahan tersebut. Persembahan dari guru tua tersebut telah mencuit hati anak-anak gayong yang hadir. 

" Jika sebegini umur masih dapat memecah pencak, apakah kita yang masih muda hanya memeluk tubuh".

Kami dari Team KSSG amat ingin mengucapkan syabas kepada PSSPGM dan kesemuan anak-anak gayong yang terlibat demi penyatuan. Salam Gayong daripada kami..

IKRAR GAYONG

Bismillahhirrahmannirrahim

Bahawasanya
kami ahli-ahli Gayong mengaku taat setia menjadi murid Silat Seni Gayong dan ahli Gayong

Bahawasanya
Kami mengaku taat setia kepada Allah
Kami mengaku taat setia kepada baginda Rasulullah (s.a.w)
Kami mengaku taat setia kepada guru kami
Kami mengaku taat setia kepada ibu dan ayah kami
Kami mengaku taat setia kepada negara kami
Kami mengaku taat setia kepada saudara se-Gayong dengan kami

Bahawasanya
Kami mengaku taat setia ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,
Raja Permaisuri Agong dan Sultan-sultan yang memerintah di seluruh Tanah Melayu

Ya Allah Ya Tuhan kami
Kau murahkanlah rezeki kami
Kau panjangkanlah umur kami dan kedua ibu bapa kami
Kau tetapkanlah iman kami
Kau lindungilah kami daripada segala mala petakajin dan iblis dan manusia yang niat khianat ke atas diri kami dan negara kami

Amin Amin Ya Rabbal 'Alamin

SAJAK & LAGU GAYONG

Dengan Bismillah mula dikata,
Mengingatkan kebesaran Allah yang mulia,
Kerana wajib telah ternyata,
Segala perbuatan mahulah diserta.

Seni Gayong payung pusaka,
Naungan aneka hikmat mulia,
Rahsia tersimpan di purbakala,
Ilham menyusun zahir semula.

Lembaganya bersih nyawanya suci,
Bersatu kepada putera dan puteri,
Agama yang mulia junjunglah tinggi,
Belalah bangsa, adat dan negeri.

Gayong mencantum bersatu padu,
Mengingatkan junjungan empunya seru,
Sama sendiri bantu membantu,
Selamat sejahtera hajat dituju.

Matahari terbit Palembang Seguntang,
Tanahnya subur ditanam padi,
Keris dihunus, dipegang, dijulang,
Kesatriaan pahlawan timbul kembali.

Gayong emas kendi pusaka,
Bekalan air raja kesakti,
Keris kuhunus langkah kumula,
Bangsa Melayu sudah terpuji.

Besi kuning besi bersakti,
Anak panah Sang Rajuna,
Kembali Gayong kebudayaan asli,
Di Tanah Melayu hulubalang tua.

Tempana Nipis nama asalku,
Keris pusaka Ratu Dewangga,
Niat derhaka kepada rajaku,
Taming menyerah keris pusaka.

Tempana Nipis nama asalku,
Besi tua di Tanah Jawa,
Hidup kembali kebudayaan bangsaku,
Tidak Melayu hilang di dunia.

Majapahit nama negara,
Tempat ratu raja Jawa,
Kalau diguna akal bicara,
Kebudayaan Melayu subur semula.

Seni Gayong seni asli,
Dewi pusaka ibu pertiwi,
Umat Melayu menjunjung tinggi,
Akhir hayat tidak dilupai.

Seni Gayong sudah terpuji,
Dijunjung oleh seluruh negeri,
Pemuda-pemudi harus pelajari,
Agar Gayong kekal abadi.

Seni Gayong seni Melayu,
Tidak senang untuk ditiru,
Taat setia untuk mengaku,
Supaya menjadi lambang Melayu.

Seni Gayong seni pusaka,
Junjung oleh putera negara,
Supaya digiat taat setia,
Amanah guru harus dijaga
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...