Anak Gayong Belajar Bertatih
Seperti Harimau Baru Tumbuh Asu
Menyambung Adat Dan Resam Melayu
Seni Gayong Dijunjung Tinggi
Team KKR/JKR bermula dengan membaca doa membuka gelanggang. Memohon doa agar segala yang dirancangkan akan mendapat akan dipermudahkan dan memperolehi barakah dengan apa yang telah dilakukan.
Bergambar sebelum melakukan senaman anak harimau. Kelihatan riak wajah Team KKR/JKR begitu teruja untuk melakukan persembahan pada hari tersebut.
Bunga Tanjung menjadi pembuka kata dari kami Team KKR/JKR.
Persembahan Team KKR/JKR dihangatkan dengan persembahan Seni Kombat Tangan Kosong. Ketangkasan berpencak telah menarik perhatian tetamu yang hadir.
Seni Kombat Pisau yang dipersembahankan oleh Saudara Hanif dan " Pendekar Gombak" disebelah kanan.
Gurulatih KSSG KKR/JKR Cikgu Mohd Fadzril dan Pembantu Gurulatih Cikgu Mazri ( Berbaju Biasa ) bergambar kenangan.
Sri Kandi Gayong ligat berpencak. Menunjuk aksi didepan tetamu yang hadir.
Adat kami sebagai pendatang memberi Sembah Hormat kepada tetamu yang hadir.
Aksi Faiz ( Yang Membuat Sepakan Layang ) dengan Fayrul. Permaian yang ganaz dan ngeri telah dipertunjukan oleh mereka berdua.
Aksi dari Sri Kandi Gayong.
SU KSSG KKR/JKR Nazri dan Ikhwan dengan aksi PISAU.
Kami dari Team KKR/JKR ingin memgucapkan jutaan terima kasih kepada Kelab Kementeria Kerja Raya kerana memberi peluang kepada kami untuk mempersembahkan silat warisan melayu ini. Ini mungkin bermula bagi kami yang baru belajar betatih. Sokongan dan dorongan dari semua amatlah kami hargai. Justeru kami berharap agar SILAT SENI GAYONG akan terus berkembang di Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya malahan diseluruh JKR Malaysia Insyallah.
No comments:
Post a Comment