SEJARAH GAYONG

Silat Seni Gayong dikatakan telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, iaitu sewaktu pemerintahan Sultan Mansor Syah. Selepas kejatuhan Melaka ke tangan Feringgi (Portugis) pada tahun 1511, hulubalang-hulubalang Melaka yang diketuai oleh Tun Biajid (anak Laksamana Hang Tuah) telah berundur ke dalam hutan dan seterusnya melakukan serangan gerila terhadap angkatan Portugis. Ilmu Silat Seni Gayong inilah yang telah digunakan oleh Tun Biajid dan orang-orangnya ketika menentang Portugis. Walaupun terpaksa berundur ke dalam hutan, hulubalang-hulubalang Melaka ini masih mampu menyusun suatu barisan penggempur (gerakan gerila) yang berpegang kepada tekad iaitu berimau-rimau, berimba-rimba dan bergayong.

Disebabkan kedudukan Portugis terlalu kuat ketika itu, Tun Biajid dan orang-orangnya terpaksa berundur hinggalah ke negeri Pahang untuk mencari perlindungan. Di Pahang, ilmu Silat Seni Gayong ini terus hidup diwarisi oleh generasi demi generasi sehinggalah sampai ke tangan Tuan Syed Zainal Al-Attas, iaitu seorang hulubalang Pahang yang hidup sezaman dengan Dato' Bahaman dan Mat Kilau.

Ada suatu kisah yang menceritakan bahawa pada zaman pemerintahan Portugis di Melaka, telah diadakan majlis keramaian tiap-tiap tahun yang dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat. Pemerintah Portugis telah mengadakan suatu pertandingan seni persembahan budaya masyarakat setempat dan memberikan ganjaran yang besar kepada pemenangnya. Dalam kategori persembahan silat, pesilat yang menunjukkan persembahan yang dianggap membahayakan telah dikumpulkan setempat dan diasingkan daripada pesilat yang mempersembahkan silat pulut yang diiringi oleh bunyi-bunyian seperti gendang. Pesilat-pesilat yang membawakan silat yang berbahaya ini telah ditangkap secara sulit lalu dirantai dan dibawa ke tengah laut dengan perahu untuk dibunuh kerana pemerintah Portugis bimbang bahawa mereka boleh mengancam kedudukan Portugis di bumi Melaka.

Ketika berada di tengah laut, dengan izin Allah dan berkat ilmu Silat Seni Gayong, rantai yang mengikat hulubalang-hulubalang Melaka itu telah berjaya diputuskan, dan hulubalang-hulubalang Melaka ini telah melawan dan berjaya menumpaskan pengawal-pengawal Portugis yang mengawal mereka. Kerana bimbangkan keselamatan mereka, hulubalang-hulubalang Melaka ini telah mengambil keputusan untuk belayar ke merata-rata gugusan kepulauan Melayu untuk mencari perlindungan. Sesetengah daripada hulubalang Melaka ini telah mendarat di Makasar lalu menetap di situ. Di Makasar ini, ilmu Silat Seni Gayong telah berkembang dengan meluas, terutamanya di kalangan bangsawan Bugis. Orang-orang Bugis inilah yang bertanggungjawab menghidupkan semula kesenian lama ini di Tanah Melayu.

AHLI JAWATAN KUASA PUSAT :

Yang DiPertua : Dato' Adiwijaya Bin Abdullah

Timb. Yang Di Pertua I : Dato' Ismail Bin Haji Jantan

Timb. Yang Di Pertua II : Cikgu Sazali Dato' Meor Abd. Rahman

Naib Yang Di Pertua I : Datin Hajjah Feridah Binti Johan

Naib Yang Di Pertua II : Tuan Haji Anuar Bin Abd Hamid

Naib Yang Di Pertua III : Cikgu Mohamed Faid Bin Haji Musa

Setiausaha : Cikgu Suleh Bin Udin

Penolong Setiausaha : Tn. Haji Lamsah

Bendahari : En. Amy Zahri

Penolong Bendahari : Cikgu Sharizal Dato' Maizan

Ahli Jawatankuasa :

1. Dato' Yaakop Haji Said
2. En. Shahzuanni Abu Bakar
3. Cikgu Rasol Haji Abdul Ghani
4. Puan Mas Sharifah Mismat
5. Tuan Haji Sani Morni
6. Cikgu Mohamad Nor Abdul Samad
7. Cikgu Abdul Rahim Masrom
8. Cikgu Kahar Reza
9. En. Mohd Isa Mustaffa
10. En. Muhd. Khawar Hezazy Uthman
11. Puan Mariam Bujang
12. Cikgu Mustapa Kamal Sharif
13. En. Meor Badrul Hisyam
14. En. Nik Azman Nik Pa
15. En. Rosni Mohd Daud

Juruaudit : En. Hamzah Tajudin

Ahli Jawatan Kuasa KSSG KKR/JKR

Pengerusi :
Encik Hashim Bin Haji Mahmud
No Telefon : 012-2648449

Timbalan Pengerusi :
Encik Hairuman
No Telefon : 013-3309096

Setiausaha :
Encik Nazri Bin Mohamed Khaidi
No Telefon : 013-2415224

Bendehari :
Cik Tuan Surlina Binti Tuan Yeh
No Telefon :

Ahli Jawatankuasa :
1.Encik Ikhwan Kamarul Bin Abd Manan
No Telefon : 016-9517252
2.Encik Mohd Faiz Bin Azhar
No Telefon : 012-2757495
3.Encik Mohd Aizat Bin Ariffin
No Telefon : 019-9679660
4.Cik Safura Binti Doni
No Telefon : 019-8782542
5.Encik Fayrul Hazlan Bin Hassan
No Telefon : 017178299

Gurulatih Kelab Silat Seni Gayong KKR/JKR :
1.Cikgu Ridhwan : 012-8176880
2.Cikgu Mohd Fadzril : 019-5708915
3.Cikgu Mazri : 012-5094082

*SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI SETIAUSAHA KELAB SILAT SENI GAYONG KKR/JKR

Jadual Gelanggang

Hari : Setiap hari Isnin & Rabu
Masa : 5.30 petang sehingga 7.00 malam
Tempat : Dewan Tan Sri' Mahfodz

Alamat Ibu Pejabat PSSGM Pusat :

Lot 119 Tingkat 2,
Putri Park Plaza,
Taman Putri, Jalan 28,
68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan.

Telefon Pejabat : 03 - 4295 8767
No Fax : 03 - 4295 5800

Wednesday 14 March 2012

Ujian Kenaikan Bengkong


Gambar Hiasan

Assalammualaikum,

Kelab Silat Seni Gayong KKR / JKR akan mengadakan ujian kenaikan bengkong yang pertama kalinya akan diadakan. Seramai 12 orang ahli akan terlibat didalam ujian tersebut. Ujian kenaikan bengkong akan diadakan di Padang Merbok Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 24.Mac.2012 jam 8.00 pagi. Kami dari pihak pengurusan KSSG KKR/JKR ingin mengucapkan syabas dan selamat berjaya. Semoga Allah memudahkan segala urusan dan perancangan yang telah diatur. Amin.

Admin KSSG KKR/JKR

No comments:

Post a Comment

IKRAR GAYONG

Bismillahhirrahmannirrahim

Bahawasanya
kami ahli-ahli Gayong mengaku taat setia menjadi murid Silat Seni Gayong dan ahli Gayong

Bahawasanya
Kami mengaku taat setia kepada Allah
Kami mengaku taat setia kepada baginda Rasulullah (s.a.w)
Kami mengaku taat setia kepada guru kami
Kami mengaku taat setia kepada ibu dan ayah kami
Kami mengaku taat setia kepada negara kami
Kami mengaku taat setia kepada saudara se-Gayong dengan kami

Bahawasanya
Kami mengaku taat setia ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,
Raja Permaisuri Agong dan Sultan-sultan yang memerintah di seluruh Tanah Melayu

Ya Allah Ya Tuhan kami
Kau murahkanlah rezeki kami
Kau panjangkanlah umur kami dan kedua ibu bapa kami
Kau tetapkanlah iman kami
Kau lindungilah kami daripada segala mala petakajin dan iblis dan manusia yang niat khianat ke atas diri kami dan negara kami

Amin Amin Ya Rabbal 'Alamin

SAJAK & LAGU GAYONG

Dengan Bismillah mula dikata,
Mengingatkan kebesaran Allah yang mulia,
Kerana wajib telah ternyata,
Segala perbuatan mahulah diserta.

Seni Gayong payung pusaka,
Naungan aneka hikmat mulia,
Rahsia tersimpan di purbakala,
Ilham menyusun zahir semula.

Lembaganya bersih nyawanya suci,
Bersatu kepada putera dan puteri,
Agama yang mulia junjunglah tinggi,
Belalah bangsa, adat dan negeri.

Gayong mencantum bersatu padu,
Mengingatkan junjungan empunya seru,
Sama sendiri bantu membantu,
Selamat sejahtera hajat dituju.

Matahari terbit Palembang Seguntang,
Tanahnya subur ditanam padi,
Keris dihunus, dipegang, dijulang,
Kesatriaan pahlawan timbul kembali.

Gayong emas kendi pusaka,
Bekalan air raja kesakti,
Keris kuhunus langkah kumula,
Bangsa Melayu sudah terpuji.

Besi kuning besi bersakti,
Anak panah Sang Rajuna,
Kembali Gayong kebudayaan asli,
Di Tanah Melayu hulubalang tua.

Tempana Nipis nama asalku,
Keris pusaka Ratu Dewangga,
Niat derhaka kepada rajaku,
Taming menyerah keris pusaka.

Tempana Nipis nama asalku,
Besi tua di Tanah Jawa,
Hidup kembali kebudayaan bangsaku,
Tidak Melayu hilang di dunia.

Majapahit nama negara,
Tempat ratu raja Jawa,
Kalau diguna akal bicara,
Kebudayaan Melayu subur semula.

Seni Gayong seni asli,
Dewi pusaka ibu pertiwi,
Umat Melayu menjunjung tinggi,
Akhir hayat tidak dilupai.

Seni Gayong sudah terpuji,
Dijunjung oleh seluruh negeri,
Pemuda-pemudi harus pelajari,
Agar Gayong kekal abadi.

Seni Gayong seni Melayu,
Tidak senang untuk ditiru,
Taat setia untuk mengaku,
Supaya menjadi lambang Melayu.

Seni Gayong seni pusaka,
Junjung oleh putera negara,
Supaya digiat taat setia,
Amanah guru harus dijaga
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...