"Barangsiapa yang tidak menjalani Adat Istiadat Perlimau Tapak Silat Seni Gayong, ia tidak boleh di iktirafkan sebagai murid Gayong dan sama sekali tidak sah mengaku dirinya ahli Gayong". ALLAHYARHAM DATO' MEOR ABDUL RAHMAN
Kata-kata Allahyarham Mahaguru Dato' Daeng Meor Abdul Rahman.
Tanggal 2.Mac.2012 bersamaan dengan 9 Rabiul Akhir 1433 Team KSSG KKR/JKR telah membuka satu lagi lembaran baru khasnya untuk Silat Seni Gayong. Buat pertama kalinya majlis perlimau tapak dan seni yang melibatkan pelatih-pelatih baru dari Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya. Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya dapat jua majlis ini dilangsungkan. Maka dengan ini sah lah menjadi anak gayong.
Upacara Majlis Perlimau Tapak dan Seni telah diadakan di Gelangggang Kampung Padang Balang Gombak. Jurumandi pada malam itu adalah Guru Rais selaku Waris Beradat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Seramai 12 orang pelatih baru telah menyempurnakan adat istiadat mandi perlimau tapak.
Majlis mandi tersebut juga dihadir oleh gurulatih dari Negeri Selangor iaitu Guru Amiruddin ( Cikgu Din / Jebat ), Cikgu Khairur, Cikgu Ridhwan, Cikgu Rahim dan juga anak-anak gayong dari Kundang. Walaupun majlis diadakan dengan sederhana, dapat dilihat riak wajah anak-anak gayong KKR/JKR yang tampak gembira dan gementar untuk menanti saat diijab kabulkan sebagai anak gayong.
Kedatangan kami juga telah disambut dengan kenduri kecil yang disediakan oleh Guru Rais. Majlis juga diringi dengan deraian hujan yang turun membasahi bumi.
Majlis Perlimau Tapak dan Seni dengan secara rasminya bermula pada jam 10.00 malam. Suasana yang dingin menemani peserta-peserta yang sedang menanti saat diterima sebagai anak gayong yang sah.
Saudara Li Chekoh dan J Badan Besi menunggu rakan-rakan yang lain didewan Tan Sri' Mahfodz. Kelihatan Ijat dibelakang.
" Makan Time".
Otai kita Abang Azman, Ijat dan Kak Su sedang menanti makanan.
Deraian air hujan mengiringi mereka.
Posing Maut tuuuuuuuuuuuuuuuuu Cik Safura kita.....
SU Team KSSG KKR/JKR Encik Nazri sedang menikmati makanan. Makan tak ajak nampak.. Abang Sendo Fayrul yang berbaju putih.
Ustaz Adnan manis dengan senyuman.
Hujan Oh Hujan..Kopi O' Sepam Tengok.....
Apa yang anak-anak dok tunggu lagi....Makan jer....Tak per mak cik belanja hari ni....hehehehehe..
Abang-Abang Sendo.
Cikgu Fadzril sedang menyediakan akar sintok. Tak sempat la beb nak buat kat umah..Al-Maklumlah kan nak dapat pun susah sekarang ni.. :P
Cikgu Khairur dan Guru Din banyak meyumbang tenaga didalam menjayakan majlis pada kali ini. Jasa mereka amatlah kami kenang. Tanpa mereka berdua siapalah kami. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik mereka.
Saat yang dinantikan telah tiba.
Barangan untuk mandi perlimau.
Majlis bermula.
Guru Rais sedang menyampaikan penerangan berkenaan dengan adat istiadat perlimau tapak. Kelihatan Guru Din disebelah dan merangkap sebagai apit jinjang kepada wakil mandi.
Abang Azman diberi penghormatan untuk memulakan majlis. Beliau merupakan peserta yang paling tua dikalangan yang lain. Walaupun usia sudah memcecah 42 tahun tetapi semangat untuk belajar dan mendalami ilmu persilatan masih membara.
J Badan Besi menyusul selepas Abang Azman.
Faiz mengambil tempat selepas itu.
Ikhwan pula mengambil tempat.
Peserta kacak kita iaitu Encik Nazri mengambil tempat selepas Ikhwan.
Abang Rosli menyusul selepas itu.
Ijat memberi sepenuh perhatian.
Abang Sendo kita Fayrul sedang menjawap persoalan yang diajukan kepada beliau. " Siapa nama kamu?"
Li Chekoh memerhati limaunya dihiris.
Adnan pula diajukan soalan oleh Guru Din. " Siapa nama ibu kamu?".
Safura sedang disoal.
Peserta terakhir pada malam itu adalah Kak Su.
Team KSSG KKR/JKR bergambar kenangan dirumah Guru Rais. Kelihatan juga anak-anak didik Cikgu Khairur dari Gelanggang Kundang.
Dari kiri Cikgu Ridhwan, Guru Din, Guru Rais, Cikgu Khairur dan Cikgu Fadzril.
Sempat lagi bergambar sebelum berangkat pulang.
Team Kelab Silat Seni Gayong KKR/JKR bergambar kenangan dengan barisan gurulatih.
Kami dari Team KSSG KKR/JKR ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semuan yang terlibat dengan secara langsung dan tidak lansung. Budi baik anda semua hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Insyallah kami anak-anak gayong KSSG KKR/JKR akan terus berusaha mengembangkan Silat Seni Gayong.
No comments:
Post a Comment