SEJARAH GAYONG

Silat Seni Gayong dikatakan telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, iaitu sewaktu pemerintahan Sultan Mansor Syah. Selepas kejatuhan Melaka ke tangan Feringgi (Portugis) pada tahun 1511, hulubalang-hulubalang Melaka yang diketuai oleh Tun Biajid (anak Laksamana Hang Tuah) telah berundur ke dalam hutan dan seterusnya melakukan serangan gerila terhadap angkatan Portugis. Ilmu Silat Seni Gayong inilah yang telah digunakan oleh Tun Biajid dan orang-orangnya ketika menentang Portugis. Walaupun terpaksa berundur ke dalam hutan, hulubalang-hulubalang Melaka ini masih mampu menyusun suatu barisan penggempur (gerakan gerila) yang berpegang kepada tekad iaitu berimau-rimau, berimba-rimba dan bergayong.

Disebabkan kedudukan Portugis terlalu kuat ketika itu, Tun Biajid dan orang-orangnya terpaksa berundur hinggalah ke negeri Pahang untuk mencari perlindungan. Di Pahang, ilmu Silat Seni Gayong ini terus hidup diwarisi oleh generasi demi generasi sehinggalah sampai ke tangan Tuan Syed Zainal Al-Attas, iaitu seorang hulubalang Pahang yang hidup sezaman dengan Dato' Bahaman dan Mat Kilau.

Ada suatu kisah yang menceritakan bahawa pada zaman pemerintahan Portugis di Melaka, telah diadakan majlis keramaian tiap-tiap tahun yang dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat. Pemerintah Portugis telah mengadakan suatu pertandingan seni persembahan budaya masyarakat setempat dan memberikan ganjaran yang besar kepada pemenangnya. Dalam kategori persembahan silat, pesilat yang menunjukkan persembahan yang dianggap membahayakan telah dikumpulkan setempat dan diasingkan daripada pesilat yang mempersembahkan silat pulut yang diiringi oleh bunyi-bunyian seperti gendang. Pesilat-pesilat yang membawakan silat yang berbahaya ini telah ditangkap secara sulit lalu dirantai dan dibawa ke tengah laut dengan perahu untuk dibunuh kerana pemerintah Portugis bimbang bahawa mereka boleh mengancam kedudukan Portugis di bumi Melaka.

Ketika berada di tengah laut, dengan izin Allah dan berkat ilmu Silat Seni Gayong, rantai yang mengikat hulubalang-hulubalang Melaka itu telah berjaya diputuskan, dan hulubalang-hulubalang Melaka ini telah melawan dan berjaya menumpaskan pengawal-pengawal Portugis yang mengawal mereka. Kerana bimbangkan keselamatan mereka, hulubalang-hulubalang Melaka ini telah mengambil keputusan untuk belayar ke merata-rata gugusan kepulauan Melayu untuk mencari perlindungan. Sesetengah daripada hulubalang Melaka ini telah mendarat di Makasar lalu menetap di situ. Di Makasar ini, ilmu Silat Seni Gayong telah berkembang dengan meluas, terutamanya di kalangan bangsawan Bugis. Orang-orang Bugis inilah yang bertanggungjawab menghidupkan semula kesenian lama ini di Tanah Melayu.

AHLI JAWATAN KUASA PUSAT :

Yang DiPertua : Dato' Adiwijaya Bin Abdullah

Timb. Yang Di Pertua I : Dato' Ismail Bin Haji Jantan

Timb. Yang Di Pertua II : Cikgu Sazali Dato' Meor Abd. Rahman

Naib Yang Di Pertua I : Datin Hajjah Feridah Binti Johan

Naib Yang Di Pertua II : Tuan Haji Anuar Bin Abd Hamid

Naib Yang Di Pertua III : Cikgu Mohamed Faid Bin Haji Musa

Setiausaha : Cikgu Suleh Bin Udin

Penolong Setiausaha : Tn. Haji Lamsah

Bendahari : En. Amy Zahri

Penolong Bendahari : Cikgu Sharizal Dato' Maizan

Ahli Jawatankuasa :

1. Dato' Yaakop Haji Said
2. En. Shahzuanni Abu Bakar
3. Cikgu Rasol Haji Abdul Ghani
4. Puan Mas Sharifah Mismat
5. Tuan Haji Sani Morni
6. Cikgu Mohamad Nor Abdul Samad
7. Cikgu Abdul Rahim Masrom
8. Cikgu Kahar Reza
9. En. Mohd Isa Mustaffa
10. En. Muhd. Khawar Hezazy Uthman
11. Puan Mariam Bujang
12. Cikgu Mustapa Kamal Sharif
13. En. Meor Badrul Hisyam
14. En. Nik Azman Nik Pa
15. En. Rosni Mohd Daud

Juruaudit : En. Hamzah Tajudin

Ahli Jawatan Kuasa KSSG KKR/JKR

Pengerusi :
Encik Hashim Bin Haji Mahmud
No Telefon : 012-2648449

Timbalan Pengerusi :
Encik Hairuman
No Telefon : 013-3309096

Setiausaha :
Encik Nazri Bin Mohamed Khaidi
No Telefon : 013-2415224

Bendehari :
Cik Tuan Surlina Binti Tuan Yeh
No Telefon :

Ahli Jawatankuasa :
1.Encik Ikhwan Kamarul Bin Abd Manan
No Telefon : 016-9517252
2.Encik Mohd Faiz Bin Azhar
No Telefon : 012-2757495
3.Encik Mohd Aizat Bin Ariffin
No Telefon : 019-9679660
4.Cik Safura Binti Doni
No Telefon : 019-8782542
5.Encik Fayrul Hazlan Bin Hassan
No Telefon : 017178299

Gurulatih Kelab Silat Seni Gayong KKR/JKR :
1.Cikgu Ridhwan : 012-8176880
2.Cikgu Mohd Fadzril : 019-5708915
3.Cikgu Mazri : 012-5094082

*SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI SETIAUSAHA KELAB SILAT SENI GAYONG KKR/JKR

Jadual Gelanggang

Hari : Setiap hari Isnin & Rabu
Masa : 5.30 petang sehingga 7.00 malam
Tempat : Dewan Tan Sri' Mahfodz

Alamat Ibu Pejabat PSSGM Pusat :

Lot 119 Tingkat 2,
Putri Park Plaza,
Taman Putri, Jalan 28,
68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan.

Telefon Pejabat : 03 - 4295 8767
No Fax : 03 - 4295 5800

Monday, 27 February 2012

Perhimpunan Raksasa Seni Silat Pusaka Gayong


Kedatangan Anak ADMAR iaitu Guru Sazali dan dibelakang beliau Guru Izhar.


Yang Amat Bahagia Dato' Seri Paduka Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak dan Datin Seri' Paduka Rosmah.


Tokoh-Tokoh Besar Di Dalam SILAT SENI GAYONG. Dari kana Guru Fadhil, Guru Ismail Chik, Guru Sazali, Guru Badek dan Dato' Guru Abdul Majid.

Salamun alaik'.

Tanggal 25.Febuari.2012 Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) telah mengadakan satu himpunan raksasa bertempat di Gurun Kedah. Himpunan tersebut telah berjaya mengumpulkan segenap   anak gayong diseluruh Malaysia.Majlis dengan rasminya bermula pada jam 2.00 petang. Dihari bersejarah tersebut, PSSPGM telah menganugerahkan sandang Iman Khalifah Agong kepada Yang Amat Bahagia Dato' Seri mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak. Himpunan tersebut telah berjaya membawa guru-guru tua didalam GAYONG. Diantara tetamu VIP yang hadir pada hari tersebut adalah Guru Sazali Bin Dato Meor Abdul Rahman, Guru Badek, Pak Ngah Izhar, Pak Ngah Aris, Pendita Mufti Ansari.

Didalam pada itu, YAB PM telah mengumumkan Yayasan Dato' Meor akan diwujudkan. Pelbagai persembahan telah dipertontonkan oleh anak-anak gayong. Disamping itu, turut mempersembahkan langkah hulubalang adalah Guru Tua Abdul Majid ( Pak Ndak ) dan Guru Ismail Cik. Permainan yang bersahaja ditunjuk oleh 2 orang Guru Tua tersebut. Anak-anak gayong amat teruja dengan persembahan tersebut. Persembahan dari guru tua tersebut telah mencuit hati anak-anak gayong yang hadir. 

" Jika sebegini umur masih dapat memecah pencak, apakah kita yang masih muda hanya memeluk tubuh".

Kami dari Team KSSG amat ingin mengucapkan syabas kepada PSSPGM dan kesemuan anak-anak gayong yang terlibat demi penyatuan. Salam Gayong daripada kami..

Khalifah Besar Melaka Cikgu Mad Berada di Institut Jantung Negara.


Dengan izin Cikgu Mad atau Cikgu Mohammad bin Mad Nor, pihak kami ingin memaklumkan kepada semua Anak Gayong bahawa Cikgu Mad kini berada di IJN semenjak Khamis minggu lepas dan pemeriksaan andiogram akan dilaksanakan pada esok.

Keadaan Cikgu Mad sudah beransur sihat berbanding khamis lepas namun masih terdapat beberapa kesukaran dan halangan kesihatan.

Alhamdullilah, pihak kami sempat meluangkan lebih sejam bersama beliau semalam. Biarpun dalam keadaan uzur, beliau banyak bercakap soal Seni Gayong.

Apa yang lebih penting sebelum pihak kami pulang dan mohon izin maklumkan perkara ini, Cikgu Mad amat berharap pihak kami dan semua Anak Gayong menghulurkan doa untuk kesihatan beliau. Sesamalah kita mendoakan kesejahteraan dan kesihatan kepada beliau. Semoga semua rawatan berjalan lancar dan diberikan kesembuhan seperti sediakala.


Guru Mad Melaka 
sumber diambil dari : http://www.kssgayong.com/

Benang Pancaindera

http://youtu.be/sAL4LjyRS5c

Yang Mulia Dato' Guru Raja Abdul Majid Bin Raja Mat Isa.

Sunday, 26 February 2012

Majlis Perlimau Tapak Dan Seni Team KSSG KKR/JKR

Salamun alaik'.


Yang Bahagia Dato' Guru Adiwijaya Bin Haji Abdullah sedang menjalani adat istiadat PERLIMAU TAPAK - gambar hiasan.

Kelab Silat Seni Gayong KKR/JKR akan mengadakan majlis perlimau tapak yang pertama kalinya diadakan. Majlis akan dilangsungkan di :

Gelanggang : Kampung Padang Balang
Jam : 8.00 Malam
Tarikh : 2.3.2012
Wakil Mandi : Guru Rais


Wednesday, 22 February 2012

Sambutan Jubli Emas 50 Tahun & Gayong Perdana Antarabangsa


Yang Amat Berhormat Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak selaku Iman Khalifah Agong Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. Bersebelahan dengan YAB PM adalah Dato' Seri Mohammad selaku Menteri Besar Negeri Sembilan.

Seremban : Malaysia telah mencatatakan satu sejarah baru apabila sebuah pertubuhan silat yang pertama berdaftar iaitu Silat Seni Gayong dengan no pendaftaran mula 361 berjaya mengadakan SAMBUTAN JUBLI EMAS 50. Silat Seni Gayong mula didaftarkan dengan sah disisi undang-undang pada tahun 1962. Bertarikh 10.Febuari.2012 bertempat di Seremban Negeri Sembilan seluruh anak-anak gayong didunia dikumpulkan untuk menyambut bersama-sama. Hari ini merupakan hari yang penuh makna kepada anak-anak gayong yang ditinggalkan Allahyarham Dato' Daeng Meor Abdul Rahman Bin Daeng Uda Mohd Hashim selaku pengasas dan pencipta Silat Seni Gayong. 

Seramai 8 ribu anak-anak gayong berkumpul dipadang awam Seremban Negeri Sembilan demi memeriahkan sambutan pada kali ini. Turut memeriahkan sambutan pada kali ini adalah dari anak-anak gayong luar negara yang terdiri daripada USA, UK, IRAN, SYRIA, INDONESIA, THAILAND, FRANCE, SINGAPURA. Anak-anak gayong dari negara luar juga turut bersama-sama mengadakan persembahan pada hari tersebut. Jika ADMAR masih hidup mungkin beliau akan berbangga dengan pencapaian ini. 

Disini kami dari Team KSSG KKR/JKR ingin mengucapkan jutaan syabas kepada semua. Kepada Presiden PSSGM Yang Bahagian Dato' Guru Adiwijaya, kami dari Team KSSG KKR/JKR ingin mengucapakan syabas kepada beliau kerana berjaya menyatukan anak-anak gayong seluruh dunia. Insyallah   kami anak-anak gayong mengharapkan agar diadakan lagi majlis yang sebegini. Semoga Allah merahmati dan memberkati dengan apa yang telah kita laksanakan. Allahuakbar......Allahuakbar.....Allahuakbar.....


Dianatara Panglima - Pangliam Gayong Yang Setia Menanti Ketibaan YAB PM. Panglima Pelangi Hitam Guru Rahim dari Pahang. Turut kelihatan PSSGM Daerah Kuala Muda iaitu Guru Kassim dan Cikgu Fauzi.


Wakil dari Team KSSG Cikgu Ridhwan Ramli, Cikgu Mazri dan Saudara Faiz. Bergambar kenangan dengan wakil dari Indonesia. 

Persembahan Pertama Team KSSG KKR/JKR

Team  KSSG KKR/JKR buat pertama kalinya mengadakan demo / persembahan silat semenjak ditubuhkan pada bulan 22.JUN.2011 bersamaan J.Akhir 1432. Persembahan tersebut bersempena dengan Mesyuarat Tahunan Kelab Kementerian Kerja Raya yang dirasmikan oleh Yang Bahagia Dato' Thomas. Majlis tersebut dengan jayanya berlangsung pada 5.Ogas.2011 bersamaan dengan bulan 6.Ramadhan.1432. Walaupun dikala bulan Ramadhan, Team KKR/JKR tetap bersemangat untuk mempersembahkan seni silat warisan bangsa kepada hadiran yang datang. Yang Bahagia Dato' Thomas merupakan  Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia. Team KSSG KKR/JKR menjadi penyambut tetamu kepada tetamu VVIP & VIP yang hadir.  Sambutan kami diserikan sekali dengan langkah hulubalang. Walaupun baru setahun jaguh, persembahan yang dipertonjolkan telah mencuit hati Dato' KSU apabila melihat ketangkasan Team KSSG KKR/JKR berpenjak. Diluar jangkaan jua apabila persembahan mendapat sambutan hangat daripada tetamu dan kakitangan yang hadir pada majlis tersebut. Team KKR/JKR telah mempersembahkan Seni Bunga Tanjung, Seni Kombat dan Seni Kombat Pisau.

Anak Gayong Belajar Bertatih
Seperti Harimau Baru Tumbuh Asu
Menyambung Adat Dan Resam Melayu
Seni Gayong Dijunjung Tinggi


Team KKR/JKR bermula dengan membaca doa membuka gelanggang. Memohon doa agar segala yang dirancangkan akan mendapat akan dipermudahkan dan memperolehi barakah dengan apa yang telah dilakukan.


Bergambar sebelum melakukan senaman anak harimau. Kelihatan riak wajah Team KKR/JKR begitu teruja untuk melakukan persembahan pada hari tersebut.


Bunga Tanjung menjadi pembuka kata dari kami Team KKR/JKR. 


Persembahan Team KKR/JKR dihangatkan dengan persembahan Seni Kombat Tangan Kosong. Ketangkasan berpencak telah menarik perhatian tetamu yang hadir.


Seni Kombat Pisau yang dipersembahankan oleh Saudara Hanif dan " Pendekar Gombak" disebelah kanan.


Gurulatih KSSG KKR/JKR Cikgu Mohd Fadzril dan Pembantu Gurulatih Cikgu Mazri ( Berbaju Biasa ) bergambar kenangan. 


Sri Kandi Gayong ligat berpencak. Menunjuk aksi didepan tetamu yang hadir. 


Adat kami sebagai pendatang memberi Sembah Hormat kepada tetamu yang hadir.


Aksi Faiz ( Yang Membuat Sepakan Layang ) dengan Fayrul. Permaian yang ganaz dan ngeri telah dipertunjukan oleh mereka berdua.


Aksi dari Sri Kandi Gayong. 


SU KSSG KKR/JKR Nazri dan Ikhwan dengan aksi PISAU.

Kami dari Team KKR/JKR ingin memgucapkan jutaan terima kasih kepada Kelab Kementeria Kerja Raya kerana memberi peluang kepada kami untuk mempersembahkan silat warisan melayu ini. Ini mungkin bermula bagi kami yang baru belajar betatih. Sokongan dan dorongan dari semua amatlah kami hargai. Justeru kami berharap agar SILAT SENI GAYONG akan terus berkembang di Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya malahan diseluruh JKR Malaysia Insyallah.

MAKSUD GAYONG

Pada zaman silam, hanya individu tertentu sahaja yang dapat menamatkan pengajian silat mereka dengan sempurna. Mereka ini sebenarnya telah memiliki sifat-sifat terpuji dan keikhlasan yang tinggi sehingga sanggup berkorban untuk agama, bangsa dan negara tanpa mengutamakan kepentingan diri sendiri. Sifat ini kemudiannya menjadi semakin subur dan terpimpin apabila mereka mendalami pelajaran dan falsafah seni silat. Bagi mereka yang belum mempunyai kualiti sedemikian, melalui seni silat mereka dididik dan diasuh sehingga mencapai tahap tersebut.

Perguruan seni silat pada hakikatnya ialah satu institusi pendidikan di mana manusia dibentuk dan dilentur untuk memiliki ketahanan mental dan fizikal yang maksimum. Pendekatan pendidikan seni silat sebagaimana yang diterangkan di atas merupakan kaedah yang utama oleh Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. Sesungguhnya, falsafah pendidikan Silat Seni Gayong sejak dahulu lagi dirangka sebegitu rupa untuk melahirkan satu generasi yang berhemah tinggi dan berwawasan bagi memelihara kesucian agama Islam serta memimpin bangsa dan negara ke arah matlamat yang diredhai Allah S.W.T. Teras pendidikan Silat Seni Gayong pada dasarnya telah disimpul dalam kalimah Gayong itu sendiri: 
 
Gayong Jawi

Ga - Genggam

Berpegang kepada janji setia dan ikrar yang telah dilafazkan. Juga bermaksud menjaga segala rahsia dan amanat yang diberikan.

Alif - Angkat

Meletakkan dan menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai panduan dan tempat rujukan.

Ya - Yakin

Yakin kepada kebolehan diri sendiri

Wau - Waras

Membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum bertindak.

Nga - Ngeri

Bersungguh-sungguh dalam segala perbuatan. Dalam konteks latihan dan persembahan, kesungguhan ini digambarkan dalam kengerian orang lain yang menyaksikannya.
 
Lima huruf diatas juga melambangkan lima prinsip asas yang menjadi rukun atau teras agama Islam iaitu mengucapkan dua kalimah Syahadah, menunaikan sembahyang fardhu, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji di Mekah. Lima huruf yang membina kalimah Gayong itu juga menekankan bahawa seorang murid Gayong itu mestilah menjaga kewajipan mereka sebagai seorang Muslim dengan menegakkan tiang agama iaitu menunaikan sembahyang fardhu lima kali sehari semalam.
 
Pada hakikatnya, kekuatan seorang murid Gayong terpancar daripada keupayaan melaksana segala titah perintah Allah S.W.T. dan menjauhi segala laranganNya. Apabila wujud segala sifat, penghayatan beserta amalan dalam konsep yang disebutkan diatas barulah dianggap seorang murid Gayog itu benar-benar menuntut dan mendalami ilmu Silat Seni Gayong. 

 sumber diambil dari : http://silatgayong.org

Tuesday, 21 February 2012

Salam Gayong Dari Kami Kelab Silat Seni Gayong KKR/JKR

Salamun alaik'.

Syukur Alhamdulillah akhirnya blog rasmi KELAB SILAT SENI GAYONG KKR/JKR dapat jua diadakan. Berkat doa dari semua orang akhirnya berjaya juga SILAT SENI GAYONG ditubuhkan di KEMENTERIA KERJA RAYA & JABATAN KERJA RAYA. Terima kasih tak terhingga kepada Encik Hashim selaku setiausaha MAJLIS BERSAMA JABATAN KEMENTERIAN KERJA RAYA dan JABATAN KERJA RAYA. Beliau merupakan orang yang banyak membantu didalam menubuhakan SILAT SENI GAYONG INI. Tidak lupa juga kepada PRESIDEN PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA iaitu Yang Bahagia Dato' Guru Adiwijaya dan Tuan Guru Sulehuddin selaku SETIAUSAHA AGONG PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA. Disini kami juga ini merakam jutaan terima kasih kepada KETUA PENGARAH KERJA RAYA Yang Bahagia Dato' Ir Haji Mohd Noor kerana memberi sokongan dan dorongan untuk menubuhkan SILAT SENI GAYONG ini. Semoga ALLAH jua dapat membalas budi baik semua.

IKRAR GAYONG

Bismillahhirrahmannirrahim

Bahawasanya
kami ahli-ahli Gayong mengaku taat setia menjadi murid Silat Seni Gayong dan ahli Gayong

Bahawasanya
Kami mengaku taat setia kepada Allah
Kami mengaku taat setia kepada baginda Rasulullah (s.a.w)
Kami mengaku taat setia kepada guru kami
Kami mengaku taat setia kepada ibu dan ayah kami
Kami mengaku taat setia kepada negara kami
Kami mengaku taat setia kepada saudara se-Gayong dengan kami

Bahawasanya
Kami mengaku taat setia ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,
Raja Permaisuri Agong dan Sultan-sultan yang memerintah di seluruh Tanah Melayu

Ya Allah Ya Tuhan kami
Kau murahkanlah rezeki kami
Kau panjangkanlah umur kami dan kedua ibu bapa kami
Kau tetapkanlah iman kami
Kau lindungilah kami daripada segala mala petakajin dan iblis dan manusia yang niat khianat ke atas diri kami dan negara kami

Amin Amin Ya Rabbal 'Alamin

SAJAK & LAGU GAYONG

Dengan Bismillah mula dikata,
Mengingatkan kebesaran Allah yang mulia,
Kerana wajib telah ternyata,
Segala perbuatan mahulah diserta.

Seni Gayong payung pusaka,
Naungan aneka hikmat mulia,
Rahsia tersimpan di purbakala,
Ilham menyusun zahir semula.

Lembaganya bersih nyawanya suci,
Bersatu kepada putera dan puteri,
Agama yang mulia junjunglah tinggi,
Belalah bangsa, adat dan negeri.

Gayong mencantum bersatu padu,
Mengingatkan junjungan empunya seru,
Sama sendiri bantu membantu,
Selamat sejahtera hajat dituju.

Matahari terbit Palembang Seguntang,
Tanahnya subur ditanam padi,
Keris dihunus, dipegang, dijulang,
Kesatriaan pahlawan timbul kembali.

Gayong emas kendi pusaka,
Bekalan air raja kesakti,
Keris kuhunus langkah kumula,
Bangsa Melayu sudah terpuji.

Besi kuning besi bersakti,
Anak panah Sang Rajuna,
Kembali Gayong kebudayaan asli,
Di Tanah Melayu hulubalang tua.

Tempana Nipis nama asalku,
Keris pusaka Ratu Dewangga,
Niat derhaka kepada rajaku,
Taming menyerah keris pusaka.

Tempana Nipis nama asalku,
Besi tua di Tanah Jawa,
Hidup kembali kebudayaan bangsaku,
Tidak Melayu hilang di dunia.

Majapahit nama negara,
Tempat ratu raja Jawa,
Kalau diguna akal bicara,
Kebudayaan Melayu subur semula.

Seni Gayong seni asli,
Dewi pusaka ibu pertiwi,
Umat Melayu menjunjung tinggi,
Akhir hayat tidak dilupai.

Seni Gayong sudah terpuji,
Dijunjung oleh seluruh negeri,
Pemuda-pemudi harus pelajari,
Agar Gayong kekal abadi.

Seni Gayong seni Melayu,
Tidak senang untuk ditiru,
Taat setia untuk mengaku,
Supaya menjadi lambang Melayu.

Seni Gayong seni pusaka,
Junjung oleh putera negara,
Supaya digiat taat setia,
Amanah guru harus dijaga
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...